Ubat Gigi Berfluorida. Memberi Kesan Baik Atau Buruk?
Di televisyen dan radio kita selalu dengar fluorida dalam ubat gigi yang ada dalam pasaran. Tapi ada juga ubat gigi yang tanpa florida. Sebenarnya mana satu yang bagus? Ada florida atau tanpa florida.
Persoalannya yang paling penting adakah florida memudaratkan kesihatan?
Nak tau? Boleh teruskan pembacaan anda.
Apa Itu Florida?
Menurut laman web Kementerian Kesihatan Malaysia,
“Fluorida ialah mineral yang wujud secara semulajadi dalam banyak jenis makanan dan air. Setiap hari, terdapat tambahan dan kehilangan mineral daripada lapisan enamel gigi melalui dua proses, demineralisasi dan remineralisasi”
Kehilangan mineral (demineralisasi) daripada lapisan enamel gigi berlaku akibat serangan asid yang terhasil daripada tindakbalas bakteria dalam plak dengan gula dalam mulut.
Mineral-mineral lain seperti fluorida, kalsium dan fosfat daripada makanan dan minuman akan mendap semula (remineralisasi) ke dalam lapisan enamel.
Demineralisasi yang berlebihan tanpa remineralisasi yang mencukupi untuk memulihkan lapisan enamel akan menyebabkan kerosakan gigi.”
Secara dasarnya web kementerian kesihatan dilihat menyokong kebaikan & kelebihan fluorida.
Tapi sejak akhir-akhir ni, kebaikan & keburukan fluorida telah menjadi perdebatan tidak kira dari kalangan doktor-doktor, pakar-pakar perubatan sehinggalah netizen & bawang rangers pun turut ambil tempat dalam perdebatan ini.
Tetapi melalui satu sidang temubual bersama media pada November 2016 melalui Mstar, bekas Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Hilmi Yahaya pernah menasihatkan orang ramai untuk mengurangkan penggunaan fluorida kerana penggunaan fluorida secara berterusan boleh memudaratkan kesihatan.

(Sumber : Mstar Online)
Jadi menurut kajian, ubat gigi berfluorida memang boleh mencegah & mengawal kerosakan gigi tetapi dalam masa yang sama boleh memudaratkan kesihatan jika digunakan berlebihan, lebih merbahaya jika kanak-kanak tertelan ubat gigi.
Kebaikan Fluorida
1. Melindungi gigi dari berlubang
Gigi perlukan perlindungan. Ini sebab kita makan beraneka makanan & kuman banyak bersarang di mulut. Dengan fluorida boleh halang karies gigi.
2. Menyumbang mineral kepada tulang & gigi
Fluorida sangat berguna untuk mengganti mineral yang hilang dalam badan.
3. Mencegah Osteoperosis
Bila tulang hilang mineral, fungsi tulang akan mengalami osteoporosis iaitu kekurangan kalsium. Fluorida bantu untuk tingkatkan kandungan kalsium, fosfor & kalium.
4. Menebalkan enamel gigi
Semakin tipis enamel semakin banyak bakteria akan tumbuh. Dengan tebalkan enamel gigi, bakteria akan sukar untuk membiak dalam mulut
Keburukan Fluorida
1. Fluorisis
Fluorisis atau juga dikenali sebagai pengapuran gigi. Gigi akan menjadi warna sedikit keperangan.
2. Kerosakan Tulang.
Ya memang betul fluorida mengandungi mineral yang boleh kuatkan tulang & gigi. Tapi jika terlalu tinggi, ia berpotensi untuk tulang menjadi rosak & mudah patah.
3. Kerosakan Otak.
Kerosakan otak ini tidak datang dalam masa pendek, tetapi jika penggunaan berterusan hingga bertahun, ia boleh mengganggu sistem saraf otak.
Risiko untuk mengalami penyakit alzheimer adalah tinggi.
4. Turunkan Kualiti & Kuantiti Sperma
Woww.. ini agak menakutkan buat kaum Adam. Fluorida pada kadar tinggi boleh boleh mempengaruhi & menurunkan kualiti & kuantiti sperma
5. Keburukan-keburukan lain
Antara keburukan-keburukan lain Fluorida seperti penurunan fungsi tiroid, membuatkan IQ jadi rendah, depresi, penyakit jantung & sebagainya.
Secara kesimpulannya keburukan dari penggunaan fluorida ini lebih memudaratkan berbanding kebaikannya. Amat disarankan kepada anda untuk menggurangkan penggunaan fluorida.
Alternatif Kepada Fluorida Dalam Ubat Gigi
1. Arang Aktif (Charcoal)
Ya, anda tak silap baca. Gosok gigi guna arang charcoal. Ramai yang skeptikal dengan keupayaan arang sebagai bahan untuk memutihkan gigi & boleh menghakis enamel.
Arang aktif boleh melambatkan proses pelekatan semula noda kotoran pada gigi. Nilai hakisan arang aktif dalam ubat gigi juga sedikit jika digunakan dengan betul.
Sudah pasti dengan fungsi arang aktif ni adalah pengganti terbaik yang boleh mengganti fungsi fluorida yang melindungi gigi dari karies.
2. Kayu Sugi
Memang tidak dinafikan kayu sugi adalah alternatif terbaik untuk penjagaan gigi. Beberapa kajian saintifik telah telah dijalankan menunjukkan kayu sugi boleh membantu menguatkan gigi & gusi serta boleh menghalang karies dalam gigi.
Kayu sugi mengandungi antibaketeria asid yang berfungsi untuk membunuh bakteria dalam mulut.
Ubat Gigi AuraWhite
Atas dasar kesedaran tentang kesan buruk ubat gigi berfluorida, AuraWhite telah mengeluarkan ubat gigi AuraWhite Tanpa Fluorida yang sudah tentu selamat digunakan.
Ubat Gigi AuraWhite Mempunyai 3 Jenis :-
- Ubat Gigi AuraWhite HD Bright Whitenning
- Ubat Gigi AuraWhite Kayu Sugi
- Ubat Gigi AuraWhite Charcoal
Boleh dapatkan ubat gigi AuraWhite di Farmasi Guardian atau boleh beli terus secara online melalui website rasmi AuraWhite.