Tips kecantikan pelik selebriti popular


Selebriti-selebriti antarabangsa pastinya kelihatan cantik di majlis-majlis dan acara karpet merah.

Jika kita meminati mana-mana selebriti, pastinya kita ingin menjadi seperti mereka dengan mengikuti tips yang diberikan oleh mereka untuk kelihatan cantik.

Tetapi, adakah ianya di anggap perkara biasa atau pun dibolehkan menggunakan pasir kucing dan sos tomato untuk kecantikan?

Jom ketahui tips-tips pelik selebriti yang dipetik daripada Women Health Magazine dan jawapan daripada pakar mengenai tips tersebut.

Miranda Kerr

Model Victoria Secret ini menggunakan pelembab bibir sebagai ‘shimmery highlighter’ di bahagian mata.

Pakar: Boleh cuba! Ianya berkesan. Tetapi gunakan pelembab bibir yang mengandungi bahan semula jadi kerana pelembab bibir akan membuatkan pori-pori tersumbat dan juga melekit.

Satu lagi tips pelik dari model jelita ini adalah menggunakan sudu untuk melentikkan bulu matanya.

Pakar: Boleh cuba! Untuk hasil terbaik, panaskan sudu dengan air panas ataupun pengering rambut. Dengan bahagian dalam sudu menghadap ke atas, guna ibu jari untuk menolak bulu mata naik ke permukaan sudu mengikut lengkung sudu.


Snooki Swears

Personaliti rancangan realiti televisyen dan penari ini menggunakan pasir kucing untuk pengelupasan dan pencerahan.

Pakar: Jangan! Teksturnya yang bergumpal pastinya akan mengingtkan anda tentang masker lumpur, tetapi zarah tanah liatnya adalah jauh berbeza dengan apa yang diformulakan untuk kulit. Ianya akan menyebabkan calar yang akan menjurus kepada kulit terbakar dan jerawat.

Cuba ini: Campurkan soda penaik dengan air ataupun pembersih muka anda, ia akan membantu untuk membersihkan pori-pori tanpa iritasi pada kulit.

Lady Gaga

Penyanyi ini menggunakan pita pelekat untuk menanggalkan mekap pada matanya.

Pakar: Boleh cuba tetapi berhati-hati. Mekap mata ada kalanya susah untuk ditanggalkan lebih-lebih lagi yang mempunyai ‘glitter’. Tetapi gunakan pita pelekat jenis kain yang sangat lembut pada kulit. Tetapi jika kulit anda jenis yang sensitif, elakkan untuk mengikuti tips ini dan gunakan penanggal mekap anda.


Sienna Miller

Pelakon dan model ini menggunakan sos tomato untuk membaiki ketidaksempurnaan rambut berwarna.

Pakar: Jangan! Kerana kesan inai atau pun perwarna rambut tidak mudah untuk dihilangkan begitu sahaja.

Cuba ini: Untuk membaiki warna rambut, anda harus pergi ke salon kerana mereka akan menggunakan campuran 90% alkohol dan ‘mineral oil’ untuk membaikinya.

Ini hanya tips pelik selebriti di luar negara tapi jangan ada yang ikut banyak lagi tips lebih bagus dan berkesan .