Penonton Sebak Selepas Menonton Filem Pinjamkan Hatiku


Filem “Pinjamkan Hatiku” ialah gandingan Ayda Jebat, Shaheizy Sam, dan Farid Kamil Filem yang diarahkan oleh pengarah terkenal Osman Ali ini dihasilkan atas kerjasama Aurawhite Global Sdn Bhd dan Nuansa Filem Sdn Bhd. Berikut merupakan sinopsis filem  ini.

Sinopsis Filem Pinjamkan Hatiku 2017

PINJAMKAN HATIKU, sebuah filem mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Laila Safitri, seorang penulis novel dan pulang ke kampung tempat dia pernah dibesarkan bersama neneknya dengan hasrat untuk menyiapkan novel yang bakal diterbitkan.

Kebetulan berada di kampung halaman, Laila mengambil peluang bertemu dengan rakan-rakan persekolahannya yang dulu. Tanpa disedari, kehadiran Naufal iaitu rakan sekolahnya dulu yang suka menyakat Laila,telah membuat hati gadis itu berbunga-bunga.

Timbul bibit-bibit cinta antara mereka berdua sehingga membuat Laila lupa akan segala pahit dan kesakitanyang dialami dengan kehadiran Naufal. Begitu juga dengan Naufal. Mereka seperti saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain.

Gelak tawa dan riang bersama menjadi makanan harian mereka sehingga datangnya seorang pemuda yang bernama Dr.Hasnan yang merubah segala corak cerita cinta Laila dan Naufal.

Apakah pengakhiran kisah cinta mereka? Berjayakah Dr. Hasnan memaut hati Laila Safitri sedangkan hati Naufal ada apa Laila?

‘Setiap Degup Jantung Ini Milik Kamu’

Filem ini telah mula ditayangkan pada 30 November 2017 dan kini telah 8 hari berada di pawagam seluruh Malaysia. Berjaya meraih kutipan RM1.8 juta selepas 8 hari si pawagam, ramai penonton memberi respon positif selepas menonton filem ini kerana kata mereka, jalan ceritanya penuh dengan mainan emosi dan membuatkan mereka sebak sepanjang tayangan. Mari dengarkan respon penonton filem ini di video dibawah:

video
please specify correct url