Kuku Sihat Cermin Personaliti Anda


Personaliti seseorang itu bukan sahaja dinilai melalui peribadi dan wajah yang cantik. Tapi ia juga dinilai melalui penjagaan kuku individu tersebut. Kuku yang tidak dijaga sebaiknya akan tampak kusam dan pucat, bergerutu, rapuh dan sebagainya.

Awas anda pastinya tidak mahu dikutuk pemalas atau pengotor kerana mengabaikan penjagaan kesihatan kuku anda. Pastikan kuku anda sentiasa bersih dan pendek, dan berikan penjagaan tambahan untuk kuku anda. Di bawah kami kongsikan rutin ringkas yang anda boleh amalkan untuk mendapatkan kuku yang cantik dan sihat.

#1 Pastikan kuku sentiasa bersih dan kering

Selalu lap tangan selepas mencuci pinggan mangkuk atau melakukan sebarang aktiviti berkaitan dengan air. Bakteria mudah membiak dibawah kuku anda dan jika kerap terdedah pada lembab(air) ia punca kuku pecah atau retak.

#2 Sapukan losyen atau krim tangan

Manjakan tangan dan kuku anda dengan sapuan krim tangan. Ini mengelakkan dari sebarang kekering. Sapu diseluruh tangan, telapak tangan, kuku dan juga bahagian kutikel jari.

#3 Gunakan perlindungan

Pakai sarung tangan semasa berkebun, mencuci pinggan mangkuk atau menggunakan sebarang produk kimia.

#4 Amalkan diet yang seimbang


Ambil Vitamin E, biotin dan minyak ikan atau banyakkan makan makanan tinggi protein seperti kekacang dan ikan.

#5 Pastikan keadaan kuku sentiasa pendek, bersih dan berkilat

Jika anda mahu menyimpan kuku sedikit panjang dari biasa, pastikan ianya sentiasa dibersihkan atau pastikan ia sentiasa pendek. Bagi menghasilkan kuku yang cantik berkilat, penulis menggunakan jenama pengilat kuku Mabelo. Fungsi ia meratakan lapisan atas kuku sekaligus membuang bahagian keratin lama. Jangan lupa untuk memotong bahagian lebihan kutikel ditepi kuku.

TAHUKAH ANDA?

Pengambilan makanan tambahan seperti Aurawhite Collagen sangat membantu untuk memastikan kesihatan kuku anda terjaga secara dalaman.

Kredit sumber: Wanista