JOM KECILKAN LIANG PORI ANDA


Masalah liang pori terbuka bukan sahaja boleh menjejaskan kecantikan individu tapi juga boleh menyebabkan tahap keyakinan diri berkurangan.  Ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya masalah liang pori terbuka ini seperti faktor genetik,  selalu terdedah dengan cahaya matahari, merokok, penuaan, amalan diet tidak sihat, pengambilan gula yang berlebihan, perubahan hormon akibat menopaus dan hamil.

Masalah ini membuatkan individu itu nampak lebih tua dari usianya, dan kulit mereka ini akan mudah berminyak. Semestinya ia merupakan mimpi ngeri apatah lagi buat mereka yang bergelar wanita.

Jangan gusar, mari kami kongsikan tips menggunakan bahan semulajadi untuk menyelesaikan masalah liang pori terbuka yang sangat mudah, berkesan dan efektif insyaAllah.

Tips 1: TELUR PUTIH

Telur putih mampu mengecilkan liang pori. Caranya mudah, ambil sebiji telur dan asingkan telur putih dan kuning. Ambil telur putih yang telah diasingkan dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan menggunakan air sejuk. Anda juga boleh menggunakan telur putih sebagai topeng muka dengan mencampurkan putih telur dan tepung beras atau bersama oat dan dua sudu teh jus lemon. Cuba langkah ini dua kali seminggu. Telur putih juga sesuai untuk liang kulit yang tersumbat dan dapat mengelakkan kehadiran jerawat di muka.

Tips 2: AIS

Langkah paling ringkas dan mudah untuk mengatasi kulit wajah yang mempunyai liang pori yang besar ini. Caranya mudah sahaja. Ambil kiub ais dan balutkan dengan menggunakan kain. Kemudian, gosokkan kain tadi di sekeliling wajah. Lakukan pada setiap malam sebelum tidur. Kesannya dapat dilihat selepad 1-2 minggu. Ia juga membantu menghaluskan kulit muka.

Tips 3: LEMON

Lemon mengandungi astringen, iaitu sejenis zat yang mampu mengecutkan liang roma yang terbuka. Selain membantu mengecilkan liang roma, ia juga membantu menegangkan kulit dan liang-liang yang tersumbat. Malah, lemon juga membantu mengatasi masalah bintik-bintik hitam pada wajah. Ambil sebiji buah lemon yang telah dikisar atau yang telah dihiris, kemudian sapukan pada muka anda. Biarkan selama 20 minit kemudian bilas menggunakan air sejuk.

Tips 4: LIDAH BUAYA

Lidah buaya juga mampu mengecilkan liang roma yang terbuka dan besar. Ambil titisan air atau isi lidah buaya dan sapukan pada wajah selama lebih kurang 20 minit. Lidah buaya mambantu membersihkan dan menyuburkan kulit serta membuang minyak dan kotoran daripada liang-liang yang tersumbat.

Tips 5: JUS TIMUN

Timun sering digunakan sebagai salah satu bahan dalam kecantikan kerana khasiatnya yang pelbagai. Timun juga membantu mengecilkan liang pori di wajah. Campurkan jus timun dengan tepung jagung untuk dijadikan sebagai topeng muka. Sapukan di sekeliling muka, lebih-lebih lagi di liang pori yang terbuka selama 15 minit, kemudian bilas bersih menggunakan air sejuk. Topeng timun ini bukan sahaja dapat merawat liang kulit, malahan membantu mencantikkan lagi tekstur kulit wajah anda.

Tips 6: AMALKAN AURAWHITE COLLAGEN, AURAWHITE SKIN SPA dan MAGIQUE TONER

Disiplinkan diri dengan pengmbilan makanan tambahan seperti minuman kolagen Aurawhite dan set rawatan wajah seperti  Aurawhite Skin Spa beserta Magique Toner. Minuman kolagen Aurawhite bukan sahaja boleh merawat masalah liang pori terbuka selesai tetapi kulit juga lebih sihat disertai dengan tubuh yang bertenaga. Pemakaian set Aurawhite Skin Spa beserta Magique Toner penting, apatah lagi Magique Toner ini diperkaya dengan vitamin berlian yang membuat kulit lebih segar dan sangat membantu mengecilkan liang pori.

kredit sumber: http://www.jelita.com.my/kecantikan/5-cara-terbaik-mengecilkan-liang-pori-di-muka/