Filem Pinjamkan Hatiku 2017


Filem Pinjamkan Hatiku diterbitkan oleh AURAWHITE GLOBAL SDN BHD dan kerjasama NUANSA  PRODUCTION ini di bawah arahan Osman Ali yang popular dengan filem seperti Anak Halal, Ombak Rindu dan Jwanita.

Profil Filem Pinjamkan Hatiku 2017

Bahasa : Melayu [Malaysia]
Genre : Romantik
Pengarah : Osman Ali
Pelakon : Ayda Jebat sebagai Laila Safitri, Shaheizy Sam sebagai Naufal, Farid Kamil sebagai Hasnan, Lia Natalia sebagai Latifah, Normah Damanhuri,

Tarikh Tayangan : 30 November 2017

Sinopsis Filem Pinjamkan Hatiku 2017

Dikisahkan di filem ini bahwa Laila Safitri [Ayda Jebat] berdepan dilema untuk memilih antara kawan lama, Naufal [Shaheizy Sam] atau Doktor Hasnan [Farid Kamil] yang merawat Naufal ketika sakit.
Timbul bibit-bibit cinta antara mereka berdua sehingga membuat Laila lupa akan segala pahit dan kesakitan yang dialami dengan kehadiran Naufal. Begitu juga dengan Naufal. Mereka seperti saling memerlukan dan melengkapi antara satu sama lain.
Gelak tawa dan riang bersama menjadi makanan harian mereka sehingga datangnya seorang pemuda yang bernama Dr.Hasnan yang merubah segala corak cerita cinta Laila dan Naufal.
Apakah pengakhiran kisah cinta mereka? Berjayakah Dr. Hasnan memaut hati Laila Safitri sedangkan hati Naufal ada apa Laila?
‘Setiap Degup Jantung Ini Milik Kamu”
Sepanjang pembikinan filem ini, pelbagai halangan terpaksa ditempuhi oleh kru bertugas dan para pelakon. Memanjat bukit dan hutan seawal jam 4 pagi bagi merakamkan pelangi sebenar di Air Terjun Pelangi, pelakon Ayda Jebat dan yang lain mengalami beberapa kecederaan merupakan salah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Selain daripada itu, seorang kru audio (audio man) juga meninggal dunia dalam  kemalangan sewaktu menyudahkan penggambaran filem ini. Al-Fatihah buat Arwah Azmir Sharim. Diharapkan, segala penat lelah duka lara yang dihadapi berbaloi dan memberikan sesuatu yang luar biasa kepada penonton yang akan menyaksikan Pinjamkan Hatiku di layar lebar.

OST Lagu Pinjamkan Hatiku – Ayda Jebat Dan Adi Priyo

 

Penyanyi : Ayda Jebat & Adi Priyo
Judul Lagu : Pinjamkan Hatiku
Lagu & Lirik : Nurzaidi Abdul Rahman
Album: OST. Pinjamkan Hatiku
Label : Paranormal Records

Lirik Lagu Pinjamkan Hatiku

ini bukan lagu cinta kita yang dulu
saat itu ku pikirkan cinta matiku
namun kini ternyatalah hatiku milik dia
bukan engkau seperti ku sangka

mudahnya kau lepaskan kata-kata mu
terpikirkan tergores perasaan ku
yang selamanya mencinta sedikitpun tak berubah
kau memang sebegitu saja

memang salah diriku, tak peduli perasaanmu
yang seharusnya tahu tak lagi dihatiku
tak akan miliki cinta yang suci
kan kini dan hingga selamanya

ku simpankan semua detik terindah
dalam kenangan cinta
kerana masa telah merubah jiwa

kita harus terima begini suratannya

ooh.. tolong maafkan aku
kudapati dirimu
huoo…oo

ku simpankan semua detik terindah
dalam kenangan cinta
kerana masa telah merubah jiwa
kita harus terima begini suratannya

huoo…oo

kerana masa telah merubah jiwa
kita harus terima begini suratannya

ini bukan lagu cinta kita yang dulu
saat itu ku pikirkan cinta matiku
namun kini ternyatalah hatimu milik dia
bukan aku seperti ku sangka

tolong maafkan aku
Mudah bagi dirimu
huuu..uuu..

 

Klip video idea asal dan arahan dari Ayda Jebat sendiri dan dibantu oleh Produksi The Malaya TV itu sudah boleh ditonton di platform Youtube channel AydaJebat bermula 12 September 2017.

Lagu Pinjamkan Hatiku juga sudah boleh didapati secara digital menerusi iTunes, Apple Music, Spotify, Joox, KKBOX & Yonder.

 

OST  Lagu Lepaskan Pergi – Hafiz Suip

Penyanyi : Hafiz Suip
Judul Lagu : Lepaskan Pergi
Album: Single
Label : Paranormal Records

Lirik Lepaskan Pergi
aku akan pergi dulu
sudah tertulis sebegitu
kau simpan lah semua kenangan
untuk kau teruskan perjalanan

usap airmatamu
ukirkan senyuman di bibirmu
cinta kita dibataskan masa
kau harus bangkit semula

hatiku yang pernah ku pinjamkan
ku ambil kembali tuk bawa pergi
sakit ini tiada tertahan
t’lah sampai waktunya, engkau relakan

kubawa cintamu ke akhirnya
hanya yang kupinta kau lepaskanlah
lepaskanlah.. aku pergi

hatiku yang pernah ku pinjamkan
ku ambil kembali tuk bawa pergi
sakit ini tiada tertahan
t’lah sampai waktunya, engkau relakan

kubawa cintamu ke akhirnya
hanya yang kupinta kau lepaskanlah
lepaskanlah.. aku pergi

aku akan pergi dulu
sudah tertulis sebegitu
kau simpanlah semua kenangan
untuk kau teruskan perjalanan

Instagram | @filempinjamkanhatiku
Facebook | Pinjamkan Hatiku
Twitter | @pinjamkanhatiku
© Aurawhite & Paranormal Records