Diantara 5 Sebab Kenapa Vitamin Dan Supplement Tidak Berkesan


Ini soalan yang biasa di dengar bagi mereka yang amalkan pengambilan supplemen.
Tak kisahlah supplemen apa-apa pun.
Sekarang Ini kan dah macam-macam jenis supplemen keluar.
Dengan kolagen lah, vitamin itu ini segala mak nenek kan?
Semua ni bergantung kepada beberapa faktor yang amat penting yang mungkin sebelum ni kita kurang tahu atau tak tahu langsung tentangnya. Oleh itu, mari kita ambil tahu bermula hari ini ! ^^

Diantara 5 Sebab Kenapa Vitamin Dan Supplement Tidak Berkesan

1.Jarang minum Air Putih

Inilah masalahnya ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air putih dan tetapi lebih suka yang bewarna dan berperisa.

Fakta :
Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Amalkan :
Amalkanlah banyak minum air putih apabila mengamalkan pengambilan vitamin dan supplement supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Mengambil vitamin dan supplement secara banyak sekaligus pada satu masa.

Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Aturan pemakanan sepatutnya telah di terangkan kepada anda ketika anda membeli apa-apa vitamin. Dan aturan itu perlu di ikut sama seperti kita ikut jadual pemakanan ubat yang doktor berikan.

Fakta :

Apabila anda makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu

Amalkan :

Agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin .

Fakta :

Ini kerana kesannya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.

Amalkan :

Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.

Memang ramai yang menganggap kafien sebagai sumber tenaga harian untuk membuat kerja tapi sebaiknya di minimumkan pengambilannya.

Fakta :

Sebenarnya pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan. Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

Amalkan:

Cubalah untuk kurangkan pengambilan kafien secara berperingkat.

5. Makan Vitamin dan Supplement Tanpa Ilmu Yang Betul

Makan Vitamin mesti tahu caranya kerana ada sesetengah vitamin tidak boleh dimakan pada masa yang sama.

Fakta
Ada vitamin/makanan/minuman  yang boleh menghalang penyerapan vitamin lain menyebabkan kita tidak mendapat khasiat yang sepatutnya.

Contohnya :
Multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu (kalsium), Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.

Amalkan:
Pastikan anda bertanya kepada si penjual vitamin & supplement ,cara makan yang betul dan rajin membuat research anda sendiri jika perlu

Adalah penting sewaktu membuat keputusan membeli Vitamin dan supplement mesti mengambil kira Perkara Pertama iaitu
-Vitamin Dan Supplement Anda HALAL
-Vitamin Dan Supplement Ada Kelulusan KKM
-Vitamin Dan Supplement Anda SELAMAT
-Vitamin Dan Supplement Anda SEMULAJADI
-Vitamin Dan Supplement Anda BERKESAN

Dan pastikan anda mendapat konsultasi yang terbaik dari penjual vitamin dan supplement anda termasuk yang membeli di Farmasi !!

untuk maklumat lebih lanjut tentang PRODUK AURAMEN boleh terus whatsapp +60182303981 ATAU  klik www.wasap.my/60182303981