AYDA JEBAT & FARID KAMIL DI KEJAR PEMINAT SEMASA ROAD TOUR DI UTARA


 

 

 

Berdiri di atas bakat lakonan yang konsisten, memang tak mustahil apabila nama-nama berbakat besar seperti Ayda Jebat dan farid Kamil diserbu oleh peminat baru-baru ini. Malah usaha di tunjukkan oleh pelakon ini membuatkan nama mereka sentiasa berada di hadapan.

Baru-baru ini semua pelakon-pelakon dari filem Pinjamkan Hatiku telah mengadakan road tour menjelajah di bahagian utara bagi promosi filem. Bermulanya Kedah,Pulau Pinang dan Ipoh.Memang tidak mustahil apabila jejak sahaja mall semua artis di serbu peminat sehingga terpaksa di kawal pasukan keselamatan.Ayda Jebat dan farid Kamil tidak sangka mereka sangat teruja berjumpa dengan artis yang ingin mengadakan promosi filem Pinjamkan Hatiku.

Selain dapat meramah mesra dengan artis pujaan ramai, mereka juga dapat berhibur dengan nyanyian dari lagu berduet ost Pinjamkan hatiku Ayda Jebat bersama Adi sixsen. Tak sangka ramai yang tertunggu-tunggu filem Pinjamkan hatiku kerana selepas mereka melihat trailer filem ini dapat rasai filem akan meletop nanti.

selain dapat berjumpa dan beramah mesra dengan barisan pelakonyanghebat, rupa-rupanya ada peminat yang bertuah siap dapat poster filem Pinjamkan Hatikuy siap dengan tandatangan selebritipujaan mereka!

Apa yang pasti, kehadiran para pelakon Pinjamkan Hatiku bertemu peminat pastinya merapatkan lagi hubungan di antara selebriti di samping turut memberi peluang kepada peminat mengenali artis kesayangan mereka.

Utara dah sudah, sekarang pelakon filem ini akan turun ke bahagian Pantai Timur. Simpan tarikh di bawah ini untuk berjumpa dengan selebriti pujaan anda:

18 November 2017 (Sabtu)

Lotus Five Star (Kuala Terengganu): 12 Tengahari
TGV Mesra Mall (Kerteh, Terengganu): 4 Petang

19 November 2017 (Ahad)
GSC Berjaya Megamall (Kuantan, Pahang): 12 Tengahari
GSC East Coast Mall (Kuantan, Pahang): 4 Petang

Kami kongsikan bersama anda beberapa lagi gambar sepanjang sesi Road Tour Utara Pinjamkan Hatiku yang berlangsung baru-baru ini. Tapi ingat tau, jangan lupa saksikan Filem Pinjamkan Hatiku yang bakal berada di pawagam berdekatan anda pada 30 November ini.